Berita mengenai ‘pemergian’ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sememangnya meninggalkan kesan mendalam dan tamparan hebat buat seluruh rakyat terutama ahli keluarga beliau.
Salahuddin seorang ceria, sempat makan durian tiga jam sebelum masuk hospital
Terbaharu tular sebuah video dimuat naik oleh Ketua Amanah Kawasan Kota Tinggi, Onn Jaafar di aplikasi TikTok memaparkan Allahyarham Salahuddin dan beberapa rakan sedang gembira memakan durian bersama antara mereka.
Onn Jaafar dalam videonya memaklumkan, momen tersebut dirakam tiga jam sebelum mendapat khabar sahabat baiknya dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
“Wajah ceria sahabatnya 3 jam sebelum dimasukkan ke hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Mohon doakan YB Salahuddin sihat seperti sediakala (sebelum dimaklumkan berita sedih pemergian ke alam abadi),”tulisnya.
@onnjaafar_ Wajah ceria sahabatku 3jam sebelum dimasukkan ke hospital sultanah bahiyah,alor setar 🥲 Mohon semua doakan YB @Salahuddin Ayub sihat seperti sedia kala 🤲 #fyppppppppppppppppppppppp #fyp #salahuddinayub ♬ Sholawat Syifa Doa - Novi Ayla
Al-fatihah, moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman
Hantaran tersebut menerima pelbagai respon di kalangan warganet di mana menasihati kepada orang ramai di luar sana agar berhati-hati soal pengambilan kuantiti durian, lebih-lebih lagi mereka yang sudah berusia.
Namun, siapalah kita untuk menyangkal dan menghalang daripada menerima ketentuan Qada’ dan Qadar yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Tidak kurang juga, ramai merakam takziah dan mendoakan arwah semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Untuk pengetahuan, jenazah Allahyarham Salahuddin Ayub dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong, Serkat di Pontian, Johor, pada jam 12 tengah hari ini.
Menurut jadual perancangan dikongsikan oleh Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal, ziarah jenazah di kediaman ibu Allahyarham ditetapkan pada jam 7 pagi di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai.
Ziarah jenazah di kediaman Allahyarham pula ditetapkan pada jam 10 pagi di TL7, Jalan Adil, Serkat, manakala solat jenazah dijadualkan pada jam 11 pagi di Masjid Jamek Dato’ Hj Noh Gadot, Serkat.
Terdahulu, jenayah Allahyarham selesai disolatkan di Masjid Al-Badar, Jalan Langgar, Alor Setar, pada jam 12.22 tengah malam.
Sebelum ini, media melaporkan Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH, dikejarkan ke Jabatan Kecemasan HSB pada jam 10.15 malam Jumaat lalu untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami mual dan muntah-muntah.
Hasil pemeriksaan doktor pakar kemudiannya mengesahkan Salahuddin mengalami pendarahan otak dan seterusnya menjalani pembedahan pada pagi Sabtu sebelum ditidurkan di bawah pengawasan rapi pakar pembedahan dan perubatan HSB.
Keesokannya, anak perempuan Salahuddin memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia pada jam 9.23 malam.
Terima kasih