Ajal ketika bekerja, juruteknik maut disengat tabuan ketika baik pulih pencawang


Seorang juruteknik dilaporkan maut apabila disengat tabuan sewaktu melakukan kerja baik pulih di pencawang Komunikasi Felda Gunung Bongsu, Karangan, Kulim.

Sempat dapatkan rawatan awal di klinik
Memetik laporan Harian Metro, Mohamad Hafizzudin Husim, 30, yang sedang menjalankan tugas di kawasan pencawang berketinggian 30 meter kira-kira 1.30 petang telah disengat puluhan tabuan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, mangsa telah mendapatkan rawatan awal di klinik Kesihatan Karangan.

Walau bagaimanapun, mangsa terlihat sangat lemah dan dibawa menggunakan ambulans ke Hospital Kulim.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.10 tengah malam tadi,” katanya.

Tiada sebarang unsur jenayah
Redzuan juga memaklumkan bedah siasat terhadap mangsa juga sudah dilakukan dan tiada sebarang unsur jenayah. Punca kematian mangsa disahkan kerana disengat tabuan.

Menerusi posting yang dibuat rakan kepada mangsa di Facebook dikenali sebagai Haffizy Aziz, dia sempat memuat naik kondisi keadaan Hafizzuddin sebelum dibawa ke klinik.

Dia juga memohon agar orang ramai dapat mendoakan sahabatnya kerana bekas sengatan tabuan itu dapat dilihat memenuhi badannya.

Jenazah selamat disemadikan
Namun, tidak lama selepas itu dia telah memaklumkan yang Haffizudin tidak dapat diselamatkan dan jenazah allahyarham juga sudahpun dikebumikan semalam di Alor Setar.

Dia juga mendoakan agar roh allahyarham tenang disana. Perkongsian tersebut juga telah di mendapat perhatian sahabat handai dan kenalan yang mengucapkan takziah kepada keluarga allahyaram disamping turut menyedekahkan al-Fatihah kepadanya.

Sumber: Harian Metro (Zulyaty Zulkiffli) Facebook Haffizy Aziz, Ohmymedia.cc