STR Tambahan | Kelayakan & Kadar Bantuan Tambahan Tahun 2023

0

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan


KADAR & TARIKH (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH) STR TAMBAHAN BAGI KATEGORI YANG LAYAK

Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat dalam Belanjawan Madani 2023 menerusi STR maksimum sehingga RM3,100 sementara Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500.

Penambahbaikan ini melibatkan perincian, isi rumah, lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, serta tambahan RM600 berbanding peruntukan awal.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan serta kategori penerima yang layak.


Apakah STR Tambahan?

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i. Isi Rumah :

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Tiada Pasangan :

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang :

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.


Kerajaan akan memberi sumbangan STR TAMBAHAN berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Semakan Kelayakan

Bagi yang tidak pasti sama ada anda tersenarai dalam eKasih, sila semak pendaftaran di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/

Jika anda ingin mendaftar, sila rujuk langkah-langkah pendaftaran di sini: eKasih: Pendaftaran, Semakan Status & Jenis Bantuan Yang Diterima

Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan, berjumlah RM600 secara keseluruhannya.

Tarikh Bantuan

Bantuan tambahan ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.

Sila rujuk jadual berikut : 

Maklumat Lanjut 

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!