Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
SEMAKAN STR FASA 3 : SUMBANGAN TUNAI RAHMAH LOGIN SEMAKAN STATUS, TARIKH BAYARAN, KEMASKINI UNTUK BUJANG & ISI RUMAH 2023.
RASMI: Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 3 akan diagihkan sebelum Hari Raya Haji Aidiladha, melibatkan pengagihan RM2 bilion, menjadikan 8 juta penerima manfaat menurut kenyataan daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
STR Fasa 3
Dalam Bajet 2023 sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, atau STR, di mana keluarga berpendapatan kurang daripada RM2,500 layak menerima caruman sehingga RM2,500, bergantung kepada bilangan anak.
STR adalah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah untuk membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan juga akan menyediakan bantuan tambahan STR sebanyak RM600 kepada isi rumah termiskin, menurut e-Kasih.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Tarikh pembayaran sumbangan tunai Rahmah Fasa 3 ialah Jun 2023, iaitu sebelum Hari Raya Aidiladha dan akan masuk secara berperingkat.
Cara Bayaran
STR Fasa Ketiga ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak melalui 2 kaedah berikut :
1. Kredit Ke Akaun Bank
Pembayaran bantuan akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, jika anda telah mendaftarkan akaun bank semasa proses permohonan.
2. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran bantuan akan dilakukan secara tunai, jika pembayaran STR sebelum ini adalah secara tunai atau status pengkreditan ke dalam akaun bank anda gagal atau tiada maklumat dalam akaun bank anda.
Cara Semak MySTR Login
Berikut adalah cara untuk buat semakan status permohonan sama ada masih dalam proses ataupun tidak layak :
- Semakan status boleh didapati melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan nombor MyKad pemohon
- Pengesahan Kata Laluan keselamatan
- Maklumat status permohonan akan dipaparkan
- Klik pada menu Semakan Pembayaran Fasa 3
Masukkan password
Dilampirkan contoh paparan yang akan dipaparkan pada skrin pemohon :
Terima kasih