Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online E-GUMIS | Tahun 2023

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah membangunkan portal eGUMIS yang membolehkan orang ramai membuat semakan ini secara atas talian (online).

Laporan Akhbar Utusan Malaysia pada Januari 2023 memaklumkan jumlah baki wang yang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah RM11 bilion sehingga hujung tahun lalu.

Dengan adanya portal eGUMIS ini, sudah pasti anda dapat membuat semakan wang tidak dituntut dengan mudah secara online.

Apa Itu Wang Tidak Dituntut?

Wang tak dituntut bermaksud,

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-
undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun contohnya gaji, upah, bonus, dividen, simpanan tetap yang telah matang dan lain-lain.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun. Contohnya ialah akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap,

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah akaun pemiutang dagangan dan akaun penghutang dagangan berbaki kredit.


Contoh-contoh Wang Tak Dituntut

1. Gaiji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
2. Dividen;
3. Keuntungan yang diisytiharkan untuk
dibahagikan;
4. Tuntutan insurans yang telah diluluskan
untuk bayaran;
5. Draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
6. Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang:
7. Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
8. Pemiutang pelbagai atau penghutang
pelbagai berbaki kredit.
9. Akaun simpanan,
10. Akaun semasa
11. Simpanan tetap (yang mempunyai arahan
pembaharuan automatik)
12. Akaun pemiutang dagangan;
13. Akaun penghutang dagangan berbaki kredit. 

Sebenarnya ramai yang tak tahu memiliki wang tak dituntut. Laporan akhbar Kosmo pada tahun lalu memaklumkan seorang seorang pengunjung terkejut dimaklumkan memiliki wang yang tidak dituntut berjumlah RM12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD).


Cara Semakan Wang Tidak Dituntut

Semakan Wang Tak Dituntut boleh dilakukan sendiri melalui beberapa kaedah berikut;

1. Di kaunter Pejabat Pendaftar WTD; atau
2. Pejabat Negeri dan Cawangan Jabatan
Akauntan Negara Malaysia; atau
3. Semakan pada Warta Kerajaan yang
disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia; ataupun

Semakan WTD Secara Online eGumis


Pemohon boleh membuat semakan WTD
secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Langkah 1: Layari pautan portal

Langkah 2: Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3:Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.

Langkah 4: Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5: Klik pada "KLIK DI SINI UNTUK
CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat Semakan WTD melalui nombor
pengenalan diri atau nombor pendaftaran
syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut jika ada)

Langkah 6: Klik "Cetak", jika perlu.

Siapa yang boleh buat semakan WTD secara online?
Individu dan syarikat/firma dibenarkan untukbmembuat semakan Wang Tak Dituntut secarabdalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

Permohonan Tuntutan WTD Secara Online
Permohonan tuntutan dibenarkan kepada pihak-pihak berikut:

1. Empunya/pemilik WTD sendiri;
2. Pentadbir harta pusaka (wasi) yang
dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir
Harta Pusaka;
3. Pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma
yang sedang dalam proses penggulungan
4. Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan
Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap. 

Borang Permohonan Tuntutan dalam talian boleh dilengkapkan setelah proses semakan WTD dan pengguna eGUMIS boleh membuat pilihan rekod WTD yang ingin dituntut.

Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan mengemukakan Borang Permohonan Tuntutan Bayaran Balik WTD.

Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntutan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Langkah 1: Layari pautan portal

Langkah 2: Klik pada ruangan "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)

Langkah 3: Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih "Teruskan Dengan Permohonan"

Langkah 4:Klik pada "Tambah Penerima"
untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian "Simpan".

Langkah 5 Muat naik dokumen sokongan bagi kategori "MANDATORI"

Langkah 6: Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan.

Proses bayaran hanya akan dilaksanakan
apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Permohonan Tuntutan Individu

Sekiranya individu yang ingin membuat
permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi jenis Insurans, Gaji, Dividen, Deposit, Cagaran,Akaun Dagangan, Legasi, dan lain-lain dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana berikut;

1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak
Dituntut UMA-7 eGUMIS
2. Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
3. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun
pinjaman tidak dibenarkan

4. Surat Pengesahan ASAL daripada
syarikat/firma yang menyerahkan WTD
kepada Pendaftar (sekiranya maklumat
eGUMIS tidak sama dengan maklumat
pemohon/ pengenalan diri empunya)
lengkap mengikut format yang ditetapkan.

Nota: Dokumen ASAL perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar dalam tempoh 07 hari berkerja daripada tarikh permohonan online dikemukakan.