Sambal Nasi Lemak Ikan Bilis Berkuah Paling Sedap Pernah Anda Makan Atas Bumi - Info Resepi

Info Resepi Masakan 2023

Video

Untuk penggemar sambal dan juga penggemar nasi lemak, kali ni Che Nom nak masak sambal ikan bilis versi berkuah. Kita masak ikan bilis dalam sambal tu sampai lembut, sampai sebati menyerap kuah sambal. Lauk ni memang favourite Che Nom ni sebab dulu-dulu macam ni la cara mak Che Nom masak, penuh sekuali. Kalau ada lebih mesti simpan peti sejuk dan bila lapar, Che Nom akan panaskan dan makan dgn nasi putih dengan ulam je.

Kalau dah nama sambal, bahan utama mestilah bawang dan cili kan? Kita kisar halus, kemudian goreng ikan bilis separuh masak. Kemudian kita masak lah sambal yang pedas, berkuah, semua secukup rasa penuh dengan ikan bilis nya. Sedap sangat kalau makan dengan nasi lemak sempoi. Kalau nasi putih aja pun tetap sedap.

Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
4-5 biji bawang merah kecil
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia
15-20 tangkai cili kering
1 inci belacan
1 cawan ikan bilis

Bahan-bahan lain:
1 cawan minyak masak
1 biji kentang
1 mangkuk besar ikan bilis
1 biji bawang besar (tumis)
2 helai daun pandan
Air, untuk berkuah
2-3 sb gula melaka
Sedikit air asam jawa
1 kiub pati ayam/ikan bilis
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar (tambahan akhir)

[**Tambahan resepi**]
Bahan untuk nasi lemak: 
3 cawan beras
4.5 cawan santan cair
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
Sedikit garam
Sedikit gula
1-2 helai daun pandan

Sumber : Che Nom