Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Adakah anda pernah salah transfer duit ke akaun bank orang lain?
Salah satu kelebihan perbankan internet adalah kemudahan memindahkan duit anda kepada orang lain dengan hanya beberapa klik sahaja.
Walau bagaimanapun, ada ketikanya anda mungkin tidak menyemak nama penerima dengan sebaiknya atau terlepas pandang akan nama penerima akaun sehinggalah anda sedar bahawa anda tersilap memindahkan ke akaun bank orang lain.
Dalam kes seperti ini, apakah yang anda boleh lakukan? Adakah terdapat lagi peluang untuk wang tersebut dikembalikan kepada anda?
InsyaAllah, anda masih mempunyai peluang untuk mendapatkan kembali wang anda yang tersilap transfer itu namun pastikan anda ikuti langkah-langkah di bawah ini dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk mendapatkan kembali wang anda.
1. Dapatkan bukti transaksi
Setelah anda membuat pemindahan wang tersebut, dapatkan bukti transaksi sama anda secara screenshot atau save sahaja fail PDF transaksi wang tersebut.
Secara ringkasnya, info berikut mesti boleh dilihat dengan jelas daripada screenshot atau fail PDF yang anda simpan itu :
- No akaun penerima
- Nama penerima
- Jumlah wang yang dipindahkan
2. Buat laporan kepada pihak polis
Bukan mudah pihak bank boleh sewenang-wenangnya memulangkan kembali wang yang tersilap hantar tersebut kepada anda dan perkara ini dianggap kes besar.
Oleh itu, segera ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis.
Apabila membuat laporan polis, nyatakan butiran-butiran nama/nombor akaun penerima, jumlah dan nyatakan juga butiran tambahan seperti masa kejadian, jumlah wang yang dipindahkan dan sebagainya.
Apabila anda membuat polis, pihak bank akan mengambil serius akan perkara ini kerana laporan telah dibuat.
Walau bagaimanapun sekiranya anda cuba menipu dengan membuat laporan palsu kepada pihak polis, anda boleh didakwa mengikut undang-undang kerana membuat dakwaan palsu.
3. Pergi ke cawangan bank berdekatan
Pergi ke cawangan bank berdekatan dengan anda bersama-sama dengan laporan polis yang telah dibuat.
Jumpa dengan pegawai bank yang bertugas dan di kaunter dan nyatakan mengenai masalah anda – salah transfer duit ke akaun bank orang lain.
Kemudian, minta tolong pegawai bank tersebut mendapatkan kembali wang tersebut dengan menghubungi penerima wang yang ada tersilap pindahkan itu.
4. Tunggu respon dari penerima
Apabila laporan polis telah dibuat dan pihak bank telah dimaklumkan, pihak bank perlu berhubung dengan pemilik akaun tersebut dan mendapatkan persetujuan mereka untuk memulangkan kembali duit yang diterima daripada anda.
Proses akan menjadi mudah sekiranya pihak bank dapat menghubungi pemilik akaun dan mereka bersetuju untuk memulangkan kembali duit tersebut kepada anda.
Walau bagaimanapun, sekiranya mereka tidak dihubungi atau enggan memberikan kerjasama memulangkan kembali duit anda, anda perlu membawa kes ini ke mahkamah untuk diselesaikan.
Sementara itu, prosedur pemulangan semula wang tersebut kepada anda juga berbeza mengikut setiap bank.
Untuk mengelakkan anda tersalah transfer duit pada masa akan datang, pastikan anda cek dengan teliti nama dan nombor akaun penerima sebelum memindahkan wang.
Sumber : Ecentral.my
Terima kasih