Nasi Lemak Rendang Ayam, Tips Beras Basmathi - Info Resepi

Info Resepi Masakan 2023

Video

Kali ni Che Nom nak share resepi Nasi Lemak Sempurna yang lembut, ringan dan berderai tekstur nya. Rasa pun sedap dan berkhasiat.  Nasi lemak ni dimasak menggunakan beras Basmathi Pusa cream keluaran Jasmine. Cantik sangat berderai sebiji-sebiji hasil nasik lemak ni, memang sempurna. Sesuai sangat untuk mereka yang berdiet. Menu yang sihat dan kurang rasa bersalah bila makan.

Che Nom padan kan nasi lemak ni dengan lauk rendang ayam. Resepi rendang ayam versi mudah ni pun ada dalam video ye. Memang sesuai sangat kalau kita makan nasi lemak ni dengan rendang ayam.

Bahan-bahan nasi lemak:
3 cwn beras
3 3/4 cwn campuran santan dan air
1-2 sk garam
1 helai daun pandan
1/2 inci halia
1/4 biji bawang merah besar
1 sk biji halba

Bahan-bahan ayam rendang:
1 cawan minyak masak
1 inci lengkuas
1 ketul kunyit hidup
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah kecil
1/2 biji bawang merah besar
1 inci halia
2-3 batang serai
6 tangkai cili padi
2-3 biji buah keras
4 sb cili kisar
1/2 ekor ayam
1-2 keping asam gelugor
1/2 cawan santan 
1 sb kerisik
Garam, secukup rasa
1 helai daun kunyit

Sumber : Che Nom