Mee Sup super sedap dan mudah, gerenti licin hirup kuah - Info Resepi

0
Info Resepi Masakan 2023

Video

Kali ni Che Nom masak satu hidangan mudah yang penyediaan nya adalah secara one pan meal iaitu mee sup yang mudah aja. Kesemua bahan kita masak sekali terus dan hidang. Sesuai untuk buat makan satu family atau geng-geng rumah bujang.
 
Kita boleh adjust dengan bahan-bahan yang ada dirumah ataupun yg senang nak beli. Menu ni cukup seimbang sebab ada protein dari ayam, ada sayur. Kuah sup pun memang betul sedap bila kita makan dengan mee kuning.

Bahan-bahan :
1 pek mee kuning
6-8 cawan air
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
2 ketul ayam (dada)
2-4 biji telur ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Bebola ikan & kek ikan
Lobak merah
Kubis cina
Sawi
Daun sup
Cili padi
Garam, secukup rasa

Bahan-bahan rempah :
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
3 sekawan (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 2 cengkih)
**Boleh ganti bahan rempah dengan
1 sup bunjut
ATAU 1 sb serbuk rempah sup

Bahan-bahan cili potong :
Cili padi
Limau 
Kicap pekat manis

Sumber : Che Nom
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!