Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Cara Buat Aduan Kepada KPDN apabila terdapat apa-apa isu berkaitan kerugian sedang hangat pada ketika ini. Sekarang ini mesti ramai yang gemar membeli belah secara dalam talian (online) sahaja kan? Ialah semua hanya di hujung jari dan ia mudah, menjimatkan masa dan cepat. Selain itu, sesetengah masyarakat berpendapat bahawa lebih mudah dan jimat jika membeli belah secara online kerana pembeli boleh mendapatkan lebih banyak diskaun dan juga promosi.
Lebih-lebih lagi sempena lebaran yang bakal tiba ini, lagi lah ramai yang sedang mencari baju raya. Namun, membeli secara atas talian ini juga mengundang kerugian jika kita tidak berhati-hati.
Cara Buat Aduan Kepada KPDN
Semalam tular di media sosial tentang seorang lelaki yang berkongsi pengalaman untuk menuntut duit refund daripada penjual baju raya. Pengguna Twitter @Ezad Amir, memaklumkan bahawa baju raya yang dibeli tidak diterima olehnya mengikut tempoh yang ditetapkan.
Menurutnya, dia telah membuat aduan mengenai isu tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN). Hasilnya dia telah mendapat refund tersebut secara penuh.
Sementara itu, dia turut berkongsi cara untuk membuat aduan di laman web KPDN https://www.kpdn.gov.my/ms/ dan sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 11.2 ribu ulang ciap dan lebih 16 ribu tanda suka. Jom ikuti perkongsian tersebut di bawah ini.
Langkah-langkah Cara Buat Aduan Kepada KPDN adalah seperti berikut:
- Klik ADUAN KEPENGGUNAAN (Jika belum ada akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu)
- Kemudian, pilih Aduan Kepenggunaan dan tekan Aduan Baru
- Setelah itu, anda perlu mengisi maklumat aduan tentang masalah pembelian
Antara aduan yang boleh dibuat adalah mengenai
- barang tiruan
- bengkel kenderaan
- harga
- iklan mengelirukan
- jualan murah
- perkhidmatan mengelirukan
- skim piramid
- timbang dan sukat
- transaksi dalam talian dan jualan langsung
Oleh itu, apabila melakukan sebarang urusan jual-beli secara dalam talian (online) jadilah pengguna yang bijak dan anda mestilah tahu Cara Buat Aduan Kepada KPDN. Laporkan segera kepada KPDN jika mengalami masalah berkaitan pembelian.
Terdahulu, KPDN mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada apabila membeli baju raya secara dalam talian.
“Hati-hati ketika membeli secara dalam talian, jangan biarkan anda dikaburi dengan harga murah tanpa melakukan usul periksa latar belakang dan maklumat peniaga,” kata KPDN.
Fungsi KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) berfungsi untuk menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan perdagangan dalam negeri, khususnya dalam Sektor Perdagangan Pengedaran dan Kepenggunaan.
Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.
Bidang tugas KPDN adalah:
1) Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, francais, jualan langsung, dan sektor hiliran petroleum.
2) Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu.
3) Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung.
4) Melaksanakan peraturan timbang dan sukat.
5) Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan.
6) Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik.
7) Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek.
Manakala, bidang tugas Kementerian Kepenggunaan adalah:
- Melaksanakan program pendidikan pengguna.
- Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna.
- Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
Justeru, jika anda mengalami sebarang masalah yang berkaitan dengan perdagangan dan kepenggunaan, anda mestilah tahu Cara Buat Aduan Kepada KPDN.
Maklumat Lanjut
Sebarang masalah berkaitan Cara Buat Aduan Kepada KPDN ini, anda boleh menghubungi Hotline KPDN di talian 1800-886-800.
Terima kasih