Cucur Badak Pedas Manis, Sedap Amat - Info Resepi

Info Resepi Masakan 2023

Video Cara Penyediaan

Assalamualaikum, kali ni, jom kita buat cucur badak yang semua orang tau memang takde badak pun dalam ni; macam mana dapat nama tu, Wallahu A'lam. 

Untuk buat kuih ni; kita kena sediakan init kelapa fresh yg dimasak dengan bahan-bahan rempah dan cili; sedap kalau buat pedas-pedas manis gitu.

Dah kulit luarnya, kita gunakan adunan keledek rebus yang kemudiannya dibentukkan menjadi bulat. Sedap kalau makan suam-suam panas , boleh buat frozen juga, senang nak makan.

Bahan untuk inti:
1/4 cawan minyak masak
1 biji / 300g kelapa parut
1 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
2 sb udang kering
10-12 tangkai cili kering
1 sb jintan manis
2 sk serbuk kunyit
3 sb gula
1 sk serbuk perasa
Garam secukup rasa

Bahan untuk adunan keledek:
1 kilo keledek oren
3 sk garam
Air untuk merebus
1 sb majerin
Anggaran 2 cawan atau 250g tepung gandum

Sumber : Che Nom