CARA SIMPAN DUIT KE ASB SECARA ONLINE
Sekarang ni banyak betul kes orang hilang duit dalam akaun bank. Sampai ada yang beratus ribu duit lesap entah dipindahkan ke akaun mana.
Bila tanya dan report ke bank, proses siasatan akan memakan masa dan mereka pula tak jamin akan dapat balik duit tu.
Tahukah anda, antara kelebihan kita simpan duit dalam ASB adalah kerana ia hanya membenarkan pengeluaran secara online dengan had sebanyak RM2000 sahaja sebulan.
Kalau nak keluarkan selebihnya, kita perlu pergi ke kaunter untuk thumbprint. Jadi, lebih selamat kan?
Sekarang ni pun tak payah susah-susah nak pergi ke bank, pejabat pos atau kaunter ASB, anda boleh lakukannya menggunakan handphone atau laptop saja.
Di sini kami kongsikan cara simpan duit ASB online dengan cepat dan mudah!
Cara Simpan Duit ASB Online
Untuk membuat pemindahan atau simpan duit ke akaun ASB ini, anda perlulah ada akaun ASB yang aktif terlebih dahulu.
Jika anda masih belum pernah mendaftar atau mengaktifkan akaun ASNB online, sila rujuk langkah di sini: Cara Pendaftaran MyASNB & Aktifkan Akaun ASB Online
Kemudian, anda boleh menggunakan laman web ASNB atau muat turun aplikasi ASNB.
Rujuk langkah membuat simpanan di bawah:
LANGKAH 1
Muat turun aplikasi myASNB atau buka laman web https://www.myasnb.com.my/
LANGKAH 2
Kemudian, login menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.
Bila dah dapat login, tekat LIHAT SEMUA.
Nanti semua maklumat akaun kita dan akaun anak-anak yang didaftarkan bawah nama kita akan dipaparkan macam di bawah ni.
LANGKAH 3
Tekan ikon TAMBAH PELABURAN.
Kalau nak simpan duit untuk anak, boleh pilih akaun anak-anak.
Kalau nak tambah akaun sendiri, pilih akaun sendiri ya.
LANGKAH 4
Masukkan jumlah pelaburan (berapa duit yang nak disimpan).
Lepas tu pilih Perbankan Atas Talian (FPX) untuk transfer dari akaun bank kita ke ASB.
Kemudian tandakan (/) dan tekan SETERUSNYA.
LANGKAH 5
Pilih bank yang tersedia.
Ni antara bank yang tersedia – boleh pilih dari bank mana nak transfer boleh klik terus.
LANGKAH 6
Bila dah check, tekan SAHKAN.
LANGKAH 7
Akhir sekali anda akan dibawa ke paparan login online banking yang dipilih tadi.
Masukkan password dan ID seperti biasa.
Selesai!
Nanti akan keluarlah resit transaksi macam di atas ni.
Mudah kan?
Jangan risau kalau anda nak guna semula duit, anda masih boleh keluarkan semula dari ASB sama ada secara online atau manual.
Had Pengeluaran Maksimum
Had minimum jualan balik ialah 100 unit manakala had maksimum jualan balik yang ditetapkan adalah sebanyak 2,000 unit dalam setiap satu (1) bulan kalendar bagi kesemua unit amanah ASNB.
Contoh: Urus niaga jualan balik dalam talian terkumpul pada bulan Ogos:
Tarikh | Unit Amanah | Jumlah Jualan Balik (unit) | Baki Jualan Balik yang dibenarkan bulan Ogo | Status urus niaga |
---|---|---|---|---|
11/8 | ASB | 1400 | 600 | Berjaya |
15/8 | ASB 3 Didik | 600 | 0 | Berjaya |
20/8 | ASN | 100 | 0 |
Urus niaga pada 20/8 tidak berjaya kerana pemegang unit telah mencapai had maksimum 2,000.00 unit bagi bulan Ogos.
Selamat Mencuba
Semoga bermanfaat jom saving simpanan masa hadapan.
Jangan risau ASB sebab bila-bila masa kita nak guna duit nanti boleh bawa keluar juga.
Dividen pun tinggi.
Contoh simpan 200k dalam masa setahun hampa akan dapat dividen (16RIBU / 9RIBU pernah dpt 16k taun lps dpt skit 9k) DIVIDEN ni tak sama tau setiap tahun ikut rate dia.
Ada tahun tinggi ada tahun rendah.
Simpan 50k pun dah dapat 2k 3k dah setahun ok juga kan.
Kredit: Nurul Ashikin Che Darus
Terima kasih