Bantuan Internet | Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih | Tahun 2023

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan


Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih 2023


Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih diperkenal pada harga RM30, berada di pasaran pada Februari 2023.

Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih ditawar kepada belia sehingga 30 tahun, B40, OKU, warga emas dan veteran pasukan beruniform.

Pengguna bakal nikmati Internet mudah alih pada harga rendah, kelajuan internet tiga kali ganda.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pakej ini dan cara untuk mendapatkannya di pasaran.


Apakah Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih?
Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan harga RM30.

Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mengumumkan inisiatif terbaharu ini bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar unruk memiliki perkhidmatan Internet sebagai utiliti asas bagi rakyat.

Ia menawarkan peningkatan kelajuan Internet mudah alih daripada 1Mbps ke 3Mbps dengan kuota ditingkatkan daripada 20GB untuk tiga bulan (80 hari) kepada 30Gb untuk tempoh lebih lama iaitu selama enam bulan (180 hari).

Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia serta veteran polis.

Pengguna dapat menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus berbanding pakej sedia ada iaitu dari RM10 sebulan kepada RM5 sebulan.

Harga Yang Ditawarkan
Harga : RM30
Kelajuan Internet : 3 Mbps
Kuota : 30GB untuk 6 bulan

Pakej ini merupakan pakej asas yang disedaiakan dan ia terpulang kepada penyedia perkhidmatan untuk menawarkan nilai tambah ke atas pakej ini.

Golongan Sasar
Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis.

Syarikat Telco Yang Menawarkan Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih

Pakej ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia (TM) dan YTL Communications.

Tarikh Jualan & Pembelian
Pakej Prabayar Internet Perpaduan ini boleh didapati di pasaran mulai Februari 2023. Manakala bagi pakej Jalur Lebar akan berada di pasaran mulai Mac 2023.


Maklumat Lanjut
Sila rujuk makluman penuh melalui kenyataan media oleh Kementerian Komunikasi dan Digital di bawah:


Sumber: Menteri KKD, YB Fahmi Fadzil

Perbezaan Pakej Internet Perpaduan Prabayar (Prepaid) & Tetap (Fixed Broadband)

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah perbezaan antara Pakej Prabayar Internet Mudah Alih dengan Jalur Lebar Tetap yang ditawarkan dalam Pakej Internet Perpaduan.

Ada bezanya ya…

Pakej prabayar adalah pakej internet yang menggunakan “mobile data” telefon. Manakala jalur lebar tetap adalah pakej internet yang melibatkan WiFi di rumah.

Rujuk infografik di bawah:
Sumber: Jabatan Penerangan WPKL

Untuk mengetahui tentang Pakej Jalur Lebar Tetap yang dimaksudkan, sila rujuk artikel berikut: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap 2023