TERKINI | Pemberian bantuan e-dompet RM200 bermula Jun | Tahun 2023

Telegram Rasmi Bantuan KerajaanπŸ‘‡https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

PETALING JAYA: Bantuan kewangan e-wallet sebanyak RM200 kepada mahasiswa akan mula diberikan pada bulan depan yang akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

Menurut Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan menjelaskan, pemberian bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan bermula pada bulan depan iaitu Jun 2023.

“Bantuan e-dompet itu telah diperluas kepada semua mahasiswa yang berkelayakan dan tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 7 April lalu,” katanya.

Katanya, pihak MOF dengan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian sebelum pelancarannya pada hujung bulan Jun kelak.

Baru baru ini, Utusan Malaysia melaporkan, mahasiswa universiti merayu kerajaan segera menyalurkan bantuan RM200 e-dompet kepada mereka seperti diumumkan Perdana Menteri pada 7 April lalu.

Menurut mereka, bantuan tersebut dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.

Sementara itu, pihak Kementerian Pengajian Tinggi ketika dihubungi berkata, segala keputusan berkaitan pemberian e-dompet RM200 kepada mahasiswa itu, akan diuruskan oleh Kementerian Kewangan.

Sumber : Utusan

Syarat Kelayakan Kredit E-Dompet Percuma RM200. Sedikit perkongsian mengenai syarat kelayakan E-Dompet percuma RM200.

Bantuan kredit e-dompet RM200 one-off bagi golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun bertujuan untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai.

Berikut adalah sedikit perkongsian tentang E-Dompet 2023 tersebut. E-Dompet ini khas untuk golongan belia dan ianya hanya boleh ditebus melalui aplikasi tanpa tunai.

E-DOMPET PERCUMA RM200 2023
E-Dompet percuma RM200 ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.

Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.

Pada Belanjawan 2023 E-Dompet ini dijenamakan kepada E-Tunai Belia Rahmah.

Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).


SYARAT KELAYAKAN KREDIT E-DOMPET
Berikur adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia

JUMLAH BAYARAN
Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :
- RM200

MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bantuan e-dompet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI