Pernah rasa tak akan kahwin sampai bila2, wanita bersyukur bertemu jodoh | Info Malaysia

0

Merasakan diri tidak sempurna, pengguna Twitter dikenali sebagai Hikmah Razlan meluahkan rasa syukur apabila bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati.

Bersyukur dengan takdir Allah

Perkara tersebut dikongsikan sendiri olehnya menerusi laman Twitter apabila berasa rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki.

“Kecik kecik dulu ingat takkawin sebab kita tak sempurna selalu cakap mana ada orang nak, alhamdulillah semoga syurga buat suami saya In Sha Allah,” tulisnya.

Pernah tular beberapa tahun lepas

Dia yang telah selamat bergelar isteri pada 28 April tempoh hari sempat berkongsi di Twitter bahawa mereka sudah bertunang sejak beberapa bulan yang lepas.

Beberapa tahun lalu, perkongsian Hikmah di media sosial pernah tular apabila mengucapkan tahniah kepada diri sendiri apabila berjaya melalui tahun berkenaan dengan kuat walaupun menerima pelbagai dugaan termasuklah persepsi daripada orang sekeliling.

Selamat pengantin baru

Perkongsian tentang pernikahannya telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata pengguna Twitter mengucapkan tahniah diatas perkahwinan tersebut.

Mereka juga memuji penampilan Hikmah yang sangat cantik dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina bersama suami terus berkekalan serta bahagia hingga ke akhir hayat.

Sumber: Twitter @hikhokkkk, OH My Media
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!