Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia | Info Malaysia

Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Sumber : Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelakon yang berusia 62 tahun itu disahkan oleh anak saudara Allahyarham, Kamarul Izham Ahmad Badri kepada Astro AWANI sebentar tadi.

"Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu. Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian," kata Kamarul Izham ketika dihubungi.

Sementara itu, pelakon Didie Alias yang juga bekas isteri Allahyarham Ridzuan turut berkongsi berita sedih itu di akaun Instagram peribadinya.