Paprik Ayam Thai Terlajak Sedap Confirm Suami Puji - Resepi Baru


Video👇

Info Resepi Masakan 2023

Jom kita lihat resepi Ayam Masak Paprik Thai special. Hidangan ini adalah hidangan kegemaran Che Nom, tapi Che Nom hanya sukakan kuah paprik yang berwarna gelap, dan bukannya kuah yang berwarna merah. Dulu selalu makan kat kampung Baru, tapi malangnya kedai favourite Che Nomtu dah tutup terus, jadi Che Nom cuba masak sendiri supaya ia seakan-akan sama .
Ada beberap bahan utama yang sangat penting dalam penyediaan ayam masak paprik yang sedap, jadi pastikan anda tonton video ini sampai habis.

Bahan-bahan : 

Sedikit Minyak 
3 Ulas Bawang Putih 
1 Inci Halia 
1 Batang Serai 
1 Sudu Besar Cili Kisar 
2 Keping Isi Ayam Bahagian Dada 
3-4 Sudu Besar Sos Cili 
1 Sudu Besar Pes Tomyam 
1 Sudu Besar Sos Tiram 
1 Sudu Besar Kicap Manis Sedikit Sos Ikan 
Sedikit Air 
Daun Limau Purut 
Karot 
2 Batang Kacang Panjang Bunga Kubis 
Sayur Babycorn 
Sedikit Air 
Capsicum Merah 
Cili Api
Bawang Holland 
Sedikit Gula

Sumber : Che Nom