Minta ziarah pusara ibu, video anak sulung arwah Siti Sarah buat ramai sebak | Info Malaysia

0

Sempena sambutan hari ibu, ramai yang mengambil peluang untuk mengucapkan penghargaan kepada insan tersayang yang bergelar ibu lebih-lebih lagi di media sosial.

Walaupun ramai yang berbeza pendapat berhubung ucapan tersebut namun tujuannya lebih kepada menunjukkan penghargaan kepada ratu hati setiap anak-anak.

Ramai tersentuh video hari ibu anak arwah Siti Sarah

Video perkongsian yang dibuat di akaun Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin semalam berkenaan anak sulungnya, Uwais Al Qarni ternyata mengundang air mata kepada mereka yang menonton.

Tiba-tiba nak pergi pusara ibu

Dalam video tersebut, Uwais dilihat meminta datuknya, Raissuddin Hamzah berhenti sebentar di pusara ibunya secara tiba-tiba sewaktu baru pulang dari bermain golf.

Selepas sampai di tanah perkuburan, Raissuddin segera keluar dari kereta untuk menemani cucunya namun Uwais meminta izin untuk pergi ke pusara ibu seorang diri.

Nak pergi sorang ke pusara ibu

Akur dengan permintaan anak sulung kepada arwah Siti Sarah dan pelawak, Shuib Sepahtu, selebriti era 80an itu hanya mengangguk dan membiarkan kanak-kanak terbabit bersendirian.

Dapat dilihat Uwais yang benar-benar merindui sosok ibunya yang telah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.

Uwais buat mak2 seluruh Malaysia menangis

Walaupun video yang dikongsikan mungkin sekadar lakonan, namun ramai memahami bahawa perasaan dan realitinya adalah sama memandangkan Uwais kehilangan insan yang paling penting dalam kehidupannya di usia yang sangat muda.

Perkongsian tersebut telah membuatkan warganet turut sebak dan mengakui menitiskan air mata sewaktu menonton video terbabit.

Mereka juga menitipkan doa dan bacaan Al-Fatihah kepada allahyarham dan berharap agar keluarga arwah Siti Sarah terutamanya anak-anak terus kuat dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T.

Sumber : Oh My Media
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!