@helsaseftini Baju lebaran akel disurga lebih indah dari segalanya #CapCut #anaksurga #anaksurgayangslaludirindukan #anaksurgaku❤️ ♬ original sound - Inspirasikristen2997
Gembiranya bukan kepalang, sepasang suami isteri bersyukur apabila dikurniakan zuriat dari Ilahi selepas lima tahun berumah tangga.
Namun apakan daya, ibu bapa itu terpaksa redha apabila anak yang mereka nantikan selama ini dijemput Ilahi selepas 35 hari dilahirkan.
Kecewa kerana belum sempat mencurahkan bakti, ibu bapa itu membuat keputusan untuk menghias ‘rumah terakhir’ bayi mereka.
Tidak berpeluang untuk memakai baju raya, pasangan itu bagaimanapun senang dapat ‘mewarnai’ kubur bayi perempuan mereka.
Bertemakan karekter animasi popular, Hello Kitty, bapa bayi itu terlihat gigih mengecat kubur tersebut dengan warna merah jambu.
Meletakkan batu nisan berbentuk Hello Kitty, ibu bayi berkenaan berkongsi peristiwa yang menyayat hati itu menerusi akaun TikTok miliknya.
“Sebahagian besar orang mulai sibuk membeli atau mempersiapkan baju lebaran untuk anaknya. Ibu hanya bisa menghias makam anak gadis ibu dengan warna.
“Kerana kami yakin baju Akel (arwah anak perempuan mereka) di syurga lebih indah dari segalanya di dunia,” tulis kapsyen video tersebut.
Setakat ini, rakaman yang dikongsikan oleh wanita yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia itu telah ditonton oleh 2.9 juta pengguna TikTok.
Sumber : Malaysia Date Line
Terima kasih