Jadual Tarikh Bayaran STR TAMBAHAN RM600 Telah Diumumkan | Tahun 2023

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan Fasa 2 telahpun dilaksanakan baru-baru ini.

Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2023 mengumumkan bantuan bayaran tambahan sebanyak RM600 melalui program Sumbangan Tunah Rahmah (STR) tahun ini.

Ramai tertanya-tanya apakah syarat kelayakan penerima bagi bantuan tambahan ini? Berikut dikongsikan maklumat mengenainya.

STR TAMBAHAN RM600

Berikut adalah kategori penerima yang layak :

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :
i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; 
ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

SEMAKAN STR TAMBAHAN (E-KASIH)

Berikut adalah cara untuk membuat semakan samada anda layak ataupun tidak bagi menerima STR tambahan ini :

- Layari portal rasmi e-kasih : https://ekasih.icu.gov.my
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Tekan butang carian
- Kepada mereka yang tersenarai di bawah data e-kasih akan dipaparkan maklumat seperti nama, nama KIR, status daftar, negeri dan daerah.

JADUAL & TARIKH BAYARAN

Kerajaan telah memaklumkan bahawa, bayaran STR TAMBAHAN RM600 tersebut akan dilaksanakan pada :

JULAI (RM100)
OGOS (RM100)
SEPTEMBER (RM100)
OKTOBER (RM100)
NOVEMBER (RM100)
DISEMBER (RM100)

JUMLAH BAYARAN STR 2023

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :