Daftar SSM Percuma – B40 & Pelajar | Bantuan Kerajaan

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) : Daftar SSM Percuma secara online.

Tahukah anda program Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) menawarkan pendaftaran perniagaan PERCUMA selama setahun kepada usahawan golongan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa.

Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)

Inisiatif SSM mendaftar perniagaan usahawan kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa secara percuma melalui Program Pendaftaran Perniagaan Bersekutu (SPPP).

Melalui program ini, pemohon yang layak akan menerima pengecualian yuran berikut:

Bil​Perkara​Pengecualian Fi
​1.​Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan; atau​RM30
​2.​Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred; dan​RM60
​3.​Cetakan maklumat​RM10

Syarat kelayakan

Kategori usahawan kategori B40
- Pemegang MyKad/MyPR;
- Berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat untuk pendaftaran perniagaan;
- Ada maklumat untuk kumpulan B40 dalam pangkalan data penerima BPN 2.0
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM

Kategori Pelajar IPTA/ IPTS
- Pemegang MyKad/MyPR;
- Berumur 18 tahun dan layak untuk pendaftaran perniagaan;
- Pengajian/ kursus sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/politeknik/maktab/institut kemahiran/pusat kemahiran dalam negara; dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif dalam SSM.

Cara Daftar SSM Percuma

Pemohon yang layak boleh menghantar permohonan mereka secara dalam talian melalui portal dalam talian ezbiz.ssm.com.my.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1) Untuk mendaftar sebagai pengguna EzBiz buat kali pertama, sila layari pautan berikut – http://ezbiz.ssm.com.my
2) Untuk pengaktifan ID ezbiz, anda boleh menggunakan Kaedah > Log Masuk Portal ezbiz > Profil Pengguna > Permintaan Pengesahan Pengguna > Tambah Baharu
3) Lampirkan fail seperti yang diminta
4) Untuk mendaftar perniagaan, anda mempunyai dua pilihan nama perniagaan.

Maklumat dan dokumen yang diperlukan

Lengkapkan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baharu (Borang A) dengan mengisi maklumat berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh mula perniagaan
c) Tempat utama perniagaan
d) Alamat kedai perniagaan (jika ada)
e) Maklumat Pemilik dan Rakan Kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Serahkan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di 03-7721 4000 atau e-mel enquiry@ssm.com.my.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!