Bantuan Tunai Kebajikan Untuk Belia B40 | Semak Sini | Tahun 2023

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan Tunai Kebajikan Untuk Belia B40. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Kebajikan bagi belia Malaysia masih menjadi keutamaan di dalam Belanjawan 2023.

e-Tunai Belia Rahmah
Inisiatif e-Tunai Belia Rahmah merupakan pemberian kredit bernilai RM200 bagi belia bujang berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang layak di institusi pengajian tinggi.

Bantuan khas ini ditawarkan kepada belia bujang berumur 18 hingga 20 tahun dengan tujuan utama memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Selain itu, Perdana Menteri baru-baru ini memaklumkan bantuan ewallet ini akan dihulurkan kepada pelajar tanpa mengira had umur.

Untuk makluman umum, bantuan e-tunai rahmah 2023 telah dijenamakan semula yang sebelum ini dikenali sebagai bantuan eBelia 2021 dan ePemula 2022. Kadar bantuan juga dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 tahun lalu.

Tangunggan bayaran ujian memandu
Kerajaan juga akan menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2 dan bayaran lesen teksi, bas serta e-hailing kepada belia B40.

Pelaksanaan bantuan lesen memandu ini akan dijalankan pada tahun ini dan akan dilaksanakan bagi membantu rakyat khususnya daripada golongan belia kerana menurutnya, belia ini antara individu yang akan membantu dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam pengangkutan awam.

Maklumat Lanjut
Dapatkan maklumat lanjut di https://budget.mof.gov.my/manfaat/

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!