Terkini | Pengeluaran KWSP (FSA2) Dibuka Mulai 7 April 2023

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Terkini : Pengeluaran Bersyarat KWSP (FSA2) Dibuka Mulai 7 April 2023. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Dengan  itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Pengeluaran Bersyarat KWSP (FSA2)

Untuk Makluman anda, Kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan dalam Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

Dengan adanya program FSA2 ini membolehkan ahli KWSP yang mempunyai masalah kewangan boleh menyelesaikan sementara aliran tunai melalui pembiayaan peribadi. Simpanan ahli kekal dalam akaun 2 dan terus akan menerima dividen tahunan KWSP.

Perlaksanaan Pengeluaran Secara Fasa

FASA 1 – Permohonan dibuka kepada ahli berumur 40 hingga 50 tahun bermula 7 April 2023. Bagi semakan kelayakan amaun boleh dibuat mulai 5 April (rabu) – Layari laman rasmi FSA2 KWSP – https://fsa2.kwsp.gov.my

FASA 2 – Permohonan dibuka kepada ahli berumur 40 tahun dan ke bawah (tarikh akan diumumkan kelak).

Syarat Kelayakan
- Ahli KWSP mempunyai baki minimum dalam akaun 2 sebanyak RM3,000
- Pembiayaan pengeluaran maksimum sehingga RM50,000 (Tertakluk pada baki akaun 2 KWSP)
- Tempoh bayaran balik adalah 10 tahun
- Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak 4 – 5 peratus faedah konvensional atau kadar keuntungan secara islamik.

Nota : Pihak KWSP akan membayar dividen dan prinsipal terkumpul dari akaun 2 ke dalam akaun pembiayaan ahli dengan bank sebelum lebihan akan dipulang kepada ahli.

Bank Yang Menyediakan Kemudahan FSA2

- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- MBSB Bank
- Pihak KWSP akan menambah bilangan bank yang akan mengambil bahagian.

Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, anda boleh layari laman web rasmi – https://www.kwsp.gov.my/ms/fasiliti-sokongan-akaun-2