Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
KADAR KHAS BAYARAN SAMAN
Pada petang tadi, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah mengumumkan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya). Setiap saman boleh dilunaskan dengan hanya RM50.
Justeru, Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan bersedia dengan pelbagai sistem pembayaran saman dengan lebih mudah apabila orang ramai dibolehkan membayar saman mereka bemula 21 April 2023 jam 8.00 pagi melalui saluran berikut :
i) Aplikasi Mybayar Saman
ii) Semua kaunter bayaran trafik IPK dan IPD (hari bekerja)
iii) Mesin ATM Maybank seluruh negara
iv) Semua kaunter pejabat Pos Malaysia
Jangan lepaskan peluang ini ! Pada mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, daftar lah sekarang, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik.
Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :
i) Portal - https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pdrm.mybayarsamanpdrm
iii) Apple store - https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore - https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan/ permasalahan mengenai pembayaran kompaun saman, anda boleh hubungi no. hotline call centre 03-22663346 atau emel ke mybayar@rmp.gov.my
#kadarkhasbayaransaman
#MalaysiaMadani
#jspt
Terima kasih