Pengambilan Guru Secara Besar-Besaran | Kerajaan Umum 19,000 Kekosongan SPP

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Pengambilan Khas Perjawatan Guru One-off SPP 2023 (Permohonan mySPP 2023)

Pengambilan khas perjawatan guru secara sekali pengambilan atau ‘one-off’ oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mengatasi masalah kekurangan guru membabitkan 19,000 kekosongan seluruh negara, bermula hari ini, 7 April 2023 (Jumaat).

Sila rujuk maklumat lanjut dan kenyataan penuh SPP di bawah:

Latarbelakang SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

SPP ditubuhkan pada 1 Januari 1974 melalui Akta A193 dan P.U.(B) 556/1973 hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Aziz untuk bertindak sebagai Pihak Berkuasa dalam perkhidmatan pelajaran yang menjalankan fungsinya mengikut Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Sehingga kini keanggotaan SPP ditetapkan seramai 13 orang yang diketuai oleh Pengerusi dan dibantu oleh urus setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Semua Anggota SPP dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Iklan Pengambilan Khas SPP 2023 : Hebahan Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2023

HEBAHAN PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 TAHUN 2023

1) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

2) Permohonan jawatan ini terbuka kepada semua:

A) GRADUAN PENDIDIKAN bagi lantikan tetap dan syarat permohonan adalah di sini; dan

B) GRADUAN BUKAN PENDIDIKAN bagi lantikan secara Contract of Service (CoS) dan syarat permohonan adalah di sini.

3) Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) (https://myspp.spp.gov.my/) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).

4) Graduan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 6 April 2023 TIDAK PERLU membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.

5) Graduan juga TIDAK DIBENARKAN untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan iaitu bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023. 

6) Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemas kini di dalam mySPP adalah tepat. Sebarang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temu duga.

7) Hanya Graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.



3 APRIL 2023 – SPM – PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) TAHUN 2023

Tarikh Permohonan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan SPP 2023

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata pengambilan itu dibuka bermula hari ini (7 April) tetapi tiada tarikh tutup permohonan ditetapkan.

Jadi sesiapa yang berminat boleh memohon mulai hari ini melalui portal mySPP.

Cara Mendaftar & Permohonan

1) Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my.
2) Lengkapkan profil dan butiran-butiran yang diperlukan.
3) Sila rujuk manual lengkap melalui lampiran berikut: Panduan Pengguna (PDF)

Tarikh Temuduga

Temuduga dijangka akan dijalankan pada Jun-Julai 2023.

- Calon boleh membuat semakan keputusan melalui pautan berikut;

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan penuh SPP di bawah dan ikuti saluran rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berikut:

Laman web 


Twitter: