Bingkas Kredit e-Wallet Percuma RM300 Untuk B40

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bingkas Kredit e-Wallet Percuma RM300 Untuk B40, walaupun terdapat pelbagai bantuan e-wallet yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, terdapat satu lagi kredit e-wallet yang tidak diketahui ramai.

Berikut adalah perkongsian dari pihak WebMalaysia mengenai bantuan kredit e-wallet sebanyak RM300 untuk golongan B40 ini, ia dikenali sebagai BINGKAS.

BINGKAS Kredit e-Wallet : BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Bingkas bertujuan adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak penyakit.

Menteri besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari berkata program ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) bertujuan untuk dirasai bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga.

Setiap bulan seramai 30,000 keluarga yang menerima sebanyak RM300 untuk menampung pembelian barang keperluan asas serta peralatan pendidikan.

MANFAAT BINGKAS

Penerima yang layak, mereka akan menerima manfaat sepeti berikut :

- Had pembelian RM300
- Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
- Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
- Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

PENERIMA BINGKAS

Berikut adalah skrinshot daripada penerima yang telah mendapat bantuan Bingkas ini :
CARA MEMOHON

Untuk memohon bantuan ini, anda perlu :
- Perlu memuat naik applikasi SELangkah dan WavPay E-Wallet di telefon pintar anda untuk proses pembayaran manfaat.
- Untuk maklumat lanjut, Sila layari laman sesawang https://www.bingkasselangor.com/syarat-pendaftaran BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

SYARAT PERMOHONAN

Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS
Program ini dibuka untuk :
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor 
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN AHLI

- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

NOTA: Setiap permohonan akan disemak oleh ADUN dan Selcare. Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan di talian 03-7772 9121 atau melalui Whatsapp di 011-23380075.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!