Bayaran BKKA Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri diawalkan kepada 14 April

Telegram Rasmi Bantuan KerajaanπŸ‘‡https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bayaran bantuan BKKA telah diawalkan mulai 14 April ini, kenyataan tersebut telah diumumkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini. Untuk makluman, pada pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan kewangan khas aidilfitri (BKKA) akan dibayar pada bulan April.


BAYARAN BANTUAN BKKA SEBELUM RAYA

Untuk sedia maklum, pada hari ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam iaitu Datuk Dr Zulkapli Mohamed telah menyatakan melalui surat rasmi. Dalam isi kandungan tersebut dimaklumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan bayaran bantuan BKKA mulai 14 April berbading kenyataan sebelum ini 17 April.

Atas dasar keprihatinan kerajaan tarikh bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri telah diawalkan bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang hari raya tidak lama lagi. Ini bermaksud bayaran inisiatif bantuan khas ini akan mula dikreditkan pada hari jumaat ini.

PERUBAHAN TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2023 KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN
SURAT EDARAN JPA.800-3/2/4 (24) BERTARIKH 23 MAC 2023: BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI (BKKA) TAHUN 2023

BKKA Tahun 2023 ini akan dibayar pada 17 April 2023.


SENARAI PENERIMA BKKA

Untuk makluman kepada yang terlepas pandang, penberian (bonus) bantuan khas aidilfitri ini akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan penjawat awam gred 56 dan ke bawah. Serta pesara kerajaan turut akan menerima insentif sempena hari raya aidilfitri tahun ini.

KADAR BAYARAN BKKA

Kadar bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) telah dimaklumakan. Pembayaran akan dikreditkan mulai 14 April ini dan kadar bayaran adalah seperti berikut :
- Golongan penjawat awam gred 56 ke bawah : RM700 seorang. 
- Pesara kerajaan : RM350 seorang. 

Nota : Pengagihan pemberian bantuan kewangan aidilfitri ini akan diberikan secara berperingkat secara kredit terus ke dalam akaun penerima.

Selain daripada golongan penjawat awam, bantuan aidilfitri ini juga diberikan kepada golongan pesawah, nelayan dan penoreh getah. Kadar diberikan adalah sebanyak RM200, kenyataan tersebut telah diumumkan dalam sidang BELANJAWAN 2023 - https://budget.mof.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan tunai yang telah disediakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri. Inisiatif ini dilancarkan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Kepada mereka yang terlepas pandan, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.