Bantuan i-Fitri 2023 | Permohonan Bantuan Hari Raya Aidilfitri

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan


Mohon i-Fitri Perantau RM300 sebelum 20 April 2023

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Salah satunya adalah sebuah sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bantuan i-Fitri Perantau bagi tahun 2023.

Bantuan i-Fitri Perantau

Bersempena dengan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, bantuan i-Fitri Perantau telah sekali lagi diperkenalkan dengan kadar sebanyak RM300 kepada mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

- RakyatTerengganu menetap di luar Terengganu (PERANTAU);
- Pemohon / pasangan adalah pengundi berdaftar di Terengganu;
- Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan;
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 (termasuk gaji dan semua elaun);
- Penjawat awam dan lantikan Kerajaan yang menerima elaun bulanan serta penerima bonus raya daripada kerajaan adalah tidak layak;
- Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Akuan Pendapatan yangtelah disahkan oleh Penghulu Mukim / Pengerusi JPKK/ Pegawai Kerajaan yang berkelayakan;
- Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan;
- Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

Cara Mohon 

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan i-Fitri bokeh dibuat secara dalam talian (online) di sistem i-Bantuan.

- Permohonan baru dan penerima i-Fitri Perantau tahun 2022 hendaklah memuatnaik dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan dan kemaskini profil:
- Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran bagi pemohon dan tanggungan;
- Salinan Slip Gaji dan slip pencen terkini / Surat Akuan Pendapatan;
- Salinan Surat Akuan Pemastautin / Salinan Bil Elektrik/ Air.
- Untuk maklumat lebih teliti tentang bantuan ini, sila lihat DI SINI permohonan boleh dibuat https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/

Sumber : Portal Malaysia