5 Kali dlDipatuk Ular Tedung | Info Penuh

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

KEADAAN anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Muhammad Amin Fikri Azhar yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. FOTO FB

Kuantan: Lima kali dipatuk ular tedung dalam tempoh 12 tahun adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan Muhammad Amin Fikri Azhar, 27.

Lebih-lebih lagi, dia hampir kehilangan nyawa pada 14 Mei tahun lalu selepas dipatuk reptilia terbabit.

Mengimbas kembali kejadian itu, dia dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan hanya mempunyai peluang kira-kira 20 peratus untuk hidup.
"Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi, saya tersedar dan mendapati seekor ular berhampiran anak saya yang sedang tidur.

"Saya berjaya memegang kepala ular terbabit dan memanggil isteri untuk membawa anak perempuan kami keluar dari bilik tidur.

"Tetapi ular itu membenamkan taringnya pada pergelangan tangan kiri dan saya tidak mencabutnya kerana takut jika taring reptilia itu patah.

"Saya dapat merasakan bahang daripada racun itu mengalir ke dalam badan saya. Saya terpaksa menahan kesakitan sebelum berjaya melepaskan patukan ular terbabit," katanya

"Saya kemudiannya meminta isteri menghubungi APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) untuk menangkap ular itu sebelum saya rebah di dalam bilik tidur.

"Akibatnya, saya berada di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, selama 19 hari termasuk tiga hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menjalani dua pembedahan pada tangan kiri," katanya.

Beliau yang juga anggota APM bersyukur kerana selamat daripada maut.

Katanya, kakitangan hospital memaklumkan kepadanya bahawa dia bertuah dan umurnya masih panjang walaupun kejadian itu hampir meragut nyawanya.

"Sebenarnya, kejadian kali pertama dipatuk ular ialah pada 2010 ketika berumur 14 tahun, diikuti 2014, 2019, 2021 dan 2022.

"Namun, bagi saya, semua kejadian itu bukan sahaja memberikan pengalaman, malah mematangkan saya dan memerlukan saya lebih berhati-hati ketika berdepan reptilia terbabit.

"Walaupun mengalami kesan sampingan akibat dipatuk ular terbabit, saya tetap meneruskan tugas yang diamanahkan jika APM menerima aduan berkaitan ular.

"Tapi ia membuatkan saya lebih berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kejadian berulang," katanya.

Sumber : Harian Metro