Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Mac akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, pembayaran bantuan ini
adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.
Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Jadual Bayaran Bantuan JKM Mac 2023
Bagi bulan Mac, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Mac 2023.
Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Januari, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Januari.
Semakan Bayaran Bantuan Penerima JKM Melalui Portal eMaklum
Untuk membuat semakan pembayaran bantuan
JKM bagi bulan Mac 2023, ikuti langkah-
langkah berikut;
1. Layari laman web e-Maklum di pautan
2. Masukkan no kad pengenalan
3. Masuk no akaun bank
4. Klik carian berdasarkan no. akaun bank
5. Pilih tarikh semakan. Contoh; 1/3/2023
sehingga 28/3/2023
6. Maklumat berkaitan pembayaran akan
11 Jenis Bantuan JKM Jabatan Kebajikan
Masyarakat
Untuk makluman terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu;
1. Bantuan Kanak-kanak (BKK)
2. Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
3. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
5. Bantuan Am Persekutuan (BA)
6. Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
7. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
8. Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
9. Tabung Bantuan Segera (TBS)
10. Bantuan Warga Emas (BWE)
11. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Proses pemberian bantuan kebajikan juga
mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.
Objektif Pemberian Bantuan
- Memenuhi keperluan asas (basic needs)
bagi meringankan beban penerima bantuan
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima
bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada
bantuan.
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar
penerima bantuan terus kekal tinggal
bersama komuniti/masyarakat.
- Sumber kewangan sementara penerima
bantuan meneruskan kelangsungan dan
kesejahteraan hidup.
Cara Memohon Bantuan JKM
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan
dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip
penyampaian bantuan yang berdasarkan
kepada kelayakan dan bukan hak.
Permohonan Manual
Untuk memudahkan urusan pentadbiran,
pemohon diminta membawa dokumen
sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri/ ibu / bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal
bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang permohonan yang berkaitan:
Permohonan Secara Online
Permohonan bantuan juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal E-Bantuan JKM berikut;
PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
1. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
2. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli
keluarga yang tinggal bersama;
3. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran
sementara OKU(Jika Kategori OKU)
4. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan:gjika bekerja sendiri)
5. Salah satu Bil Utiliti
(air/elektik/telefon/astro)
6. Laporan pegawai perubatan dari
hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta
(bagi kes OKU tidak bekerja/terlantar/kronik/alat tiruan)
Info dan Maklumat lanjut
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18 No 55,
Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Telefon: 03 8000 8000
Faks: 03 - 8323 2045
Emel: Maklum Balas (ISPAAA)
Facebook JKM -
Facebook KWPKM
Terima kasih