STR Fasa 2 | Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga

Telegram Rasmi Bantuan KerajaanšŸ‘‡https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

STR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga


Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).


Bayaran Fasa 1 akan telah disalurkan pada 17 Januari 2023, dan rata-rata penerima bantuan sebelum ini menunggu tarikh bilakah wang STR Fasa 2 akan disalurkan kepada penerima.


Dalam pembentangan Belanjawan 2023, PM mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.


Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.


Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.


Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

Kerajaan dengan pimpinan perdana menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR.

Untuk tahun 2023, BTR iaitu (Bantuan Tunai Rakyat) telah diumumkan dalam pembentangan Mini Bajet 2023. Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Bantuan Tunai Fasa 1 telah diawalkan pada Januari 2023.

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2023 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Mengikut Portal Belanjawan yang dikemaskini pada 24 Februari 2023, tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah pada bulan April 2023.

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Terdapat 2 kategori penerima STR iaitu:

  • Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Bujang

Jumlah bayaran bagi Fasa 2 telah dikemaskini di Portal Belanjawan 2023 dan jumlahnya adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan Bulanan RM2500 ke bawah : RM200
  • Pendapatan bulanan RM2500 – RM5000 : RM200

Kategori Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas

  • Pendapatan bulanan RM5000 ke bawah : RM100

Bujang 21-59 Tahun

  • Pendapatan RM2500 ke bawah : RM100

Bujang OKU 19-59 Tahun

  • Pendapatan bulanan RM2500 ke bawah : RM100

Cara Semakan STR Fasa 2

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.


Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

  1. Layari laman web STR di pautan
  2. Klik “Terlupa Kata Laluan
  3. Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  4. Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  5. Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  6. Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  7. Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  8. Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.


Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.


Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :