STR Bujang | Jumlah Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023

Telegram Rasmi Bantuan KerajaanπŸ‘‡https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Berita baik untuk golongan bujang yang berusia 21 tahun ke atas, anda kini boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)!

Sudahkah anda membuat permohonan dan semakan kelayakan bagi bantuan tunai Kerajaan ini?

Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Apakah Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Syarat Kelayakan STR Bujang

Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

i) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Jumlah & Tarikh Terima Bayaran

Jumlah bayaran bantuan tunai ini bagi penerima berstatus bujang yang layak adalah : RM350

NOTA:
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada :

- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
- Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.

Tarikh Bayaran STR Bujang

Penerima bantuan tunai 2023 bagi kategori bujang akan menerima bayaran dalam fasa berikut:

- Fasa 1 (Januari) : RM100
- Fasa 2 (April) RM100
- Fasa 3 (Julai) : RM150
- Fasa 4 (November) : RM0
JUMLAH : RM350

Cara Permohonan Bantuan Tunai Rahmah

Pendaftaran baru dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini dibuka.

Rujuk langkah-langkah di bawah untuk memohon:

Muat turun manual Panduan Pengguna Permohonan Baharu Bantuan Tunai Rahmah (STR 2023):