Kerajaan setuju KWSP jadi cagaran pinjaman bank - Anwar

Telegram Rasmi Bantuan KerajaanπŸ‘‡https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang 'terdesak' untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.


"Prinsip saya ialah wang KWSP adalah untuk simpanan hari tua dan kita beri kelonggaran zaman COVID-19, malah negara yang memberi kelonggaran sama juga sudah membatalkan kaedah itu.


"Tetapi saya masih mendengar pandangan, oleh itu saya cadangkan untuk memperkenalkan satu kaedah bagi permudahkan untuk orang terdesak supaya KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang untuk membuat pinjaman bank dengan cagaran daripada agensi itu," katanya semasa sesi penggulungan usul Belanjawan 2023, di sini.


Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata pihaknya menyifatkan kaedah KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan jaminan cagaran bank, adalah yang terbaik.


Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada yang mempunyai wang dalam KWSP.


"Saya cadangkan yang mempunyai peluang, ada seorang yang merayu kepada KWSP dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat kat situ.


"Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000, itu spesifik kes.


"Oleh itu saya kata, tak pelah kita buat koleteral, dia tidak 'withdraw' (keluarkan) daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat koleteral itu sebagai cagaran," katanya.