Kadar Bayaran STR Fasa 1, 2, 3, 4 Setiap Kategori | Jom Semak

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Ramai yang tertanya-tanya dan mungkin masih keliru, berapa agaknya kadar bayaran STR yang diterima bagi setiap kategori – Bujang, Keluarga & Warga Emas.

Berapa pula kadar bayaran STR yang akan diterima pada setiap fasa?

Betulkah ada bayaran STR Tambahan? Siapa yang layak menerimanya?

Pada 1 Mac 2023, LHDN telah mengemaskini jumlah kadar bayaran yang akan diberikan kepada setiap penerima BKM yang layak pada setiap fasa, iaitu dari Fasa 1 hingga Fasa 4.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).

Apakah Sumbangan Tunai Rahmah?

STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Syarat Kelayakan

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

1) Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda /Duda yang mempunyai anak yangmenepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2) Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

3) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

NOTA: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1, 2, 3 dan 4

Tarikh pembayaran STR bagi penerima yang layak adalah seperti berikut :
- Fasa 1 – Januari 2023
- Fasa 2 – April 2023
- Fasa 3 – Julai 2023
- Fasa 4 -November 2023

Cara Semak Bayaran STR Yang Akan Diterima

Bagi penerima STR yang layak, anda boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima secara terperinci seperti berikut:

Caranya, anda hanya perlu log masuk ke akaun BKM anda di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kemudian isikan kata laluan seperti biasa dan pergi menu menu Semakan (*Rujuk gambar di bawah).

Anda boleh membuat cetakan surat tersebut untuk memudahkan anda merujuknya bagi fasa pembayaran seterusnya nanti.

Jumlah Bayaran STR Bagi Setiap Kategori

Jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

Pembayaran akan dibuat secara berfasa – iaitu dibayar sebanyak 4 kali dalam tahun 2023.

Sila rujuk jadual di bawah untuk jumlah pembayaran setiap fasa.

KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM0
1-2RM150
3-4RM200
5 dan lebihRM250
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM150

JUMLAH BAYARAN STR FASA 4

KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM200
1-2RM600
3-4RM900
5 dan lebihRM1200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM0
1-2RM0
3-4RM300
5 dan lebihRM500
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM0

SUMBER RUJUKAN: PORTAL MANFAAT BELANJAWAN 2023 (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Kadar Tambahan Bayaran STR 2023

Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

- Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar yang berdaftar dalam e-Kasih
- Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan. 

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!