Bantuan Warga Emas Sebanyak RM500 | Semak Syarat Kelayakan

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Bantuan Warga Emas atau disebut BWE adalah bantuan khusus untuk warga emas di Malaysia. Berikut adalah cara mohon Bantuan Warga Emas RM500.

Bantuan Warga Emas

Penerima yang layak akan mendapat RM500 sebulan seorang. Bantuan ini adalah bertujuan untuk membantu warga emas agar dapat meringankan beban dan meneruskan kelangsungan hidup mereka pada masa hadapan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan BWE adalah seperti berikut:
- Rakyat Malaysia.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK (Purata Garis Kemiskinan) atau tidak melebihi purata garis kemiskinan per kapita semasa.
- Penerima bukan warga emas yang tinggal di bawah institusi di bawah JKM atau pusat jagaan harian, dengan kediaman disediakan secara percuma.
- Mana-mana warga emas yang difikirkan layak setelah mendapat kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPM).

Cara Memohon BWE 2023

Cara memohon adalah dengan mengisi borang JKM 18 (dapatkan di sini)

Atau boleh dapatkan borang tersebut di Pejabat Kebajikan Socialat berdekatan anda.

Pastikan anda membawa bersama dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal dengan pemohon

Permohonan akan dikendalikan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian di seluruh negara.

Info Lanjut

Anda boleh menghubungi 03-8000 8000 jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai bantuan JKM ini.

Permohonan ini adalah dibuka sepanjang tahun.