Cara semak eKasih, semak bantuan yang layak untuk anda terima, termasuk bantuan tambahan STR RM600.
Isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.
Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
Apa Itu eKasih?
eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:
Membuat semakan status kemiskinan secara online
Menyelaraskan maklumat bantuan
Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Syarat Kelayakan
Bagi syarat kelayakan penerima bantuan tambahan STR RM600, penerima mestilah tersenarai dalam data eKasih sebagai kategori miskin tegar.
Sila ikuti cara semakan dibawah:
Cara Semakan eKasih Untuk Tambahan STR RM600
Untuk semakan nama anda tersenarai dalam data eKasih penerima bantuan tambahan STR RM600, semakan boleh dibuat secara online:
Masukkan No. Kad Pengenalan
Klik Untuk Carian
Jika anda tersenarai dalam data eKasih maklumat seperti dibawah akan dipaparkan:
Terima kasih