Sign Petition : Tuntutan Pengeluaran KWSP Bersasar 2.0

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Tuntutan Pengeluaran KWSP

Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang mewakili kira-kira 320,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai baki simpanan RM100,000 ke atas, menyeru agar kerajaan membenarkan pencarum membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar segera.

Antara NGO terlibat adalah Global Human Rights Federation (GHRF), Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Independant Living and Training Centre Malaysia.

Presiden GHRF S Shashi Kumar berkata rakyat sedang bergelut dengan situasi ekonomi negara yang terjejas terus dan tertekan oleh kos kehidupan harian yang kian meningkat. 

Beliau berkata para pencarum pada satu sesi dialog pada 4 Feb lepas, telah meluahkan keperitan dan penderitaan hidup akibat pandemik Covid-19 dan sehingga kini tidak dapat memulihkan kehidupan harian termasuk dibelenggu hutang tertunggak akibat kehilangan pekerjaan, pinjaman wang dan kadar bunga yang tinggi, serta gaji bulanan yang tidak dapat menanggung kos harian.

Tuntutan Pengeluaran KWSP Untuk Golongan Terdesak

“Terdapat 15.5 juta ahli KWSP setakat Jun 2022 dan bukan semua pencarum yang minta buat pengeluaran. Oleh itu, kerajaan perlu beri pertimbangan untuk membenarkan individu yang terdesak membuat pengeluaran, supaya membantu mereka untuk memulakan hidup semula serta menempuh waktu yang susah ini,” katanya.

Shashi berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum untuk perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya dapat membenarkan pencarum yang layak membuat pengeluaran segera.

Memorandum itu diterima pegawai khas setiausaha sulit kanan di Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Fikri Khalid di Putrajaya hari ini.


Cara Sign Petition Kwsp Link di Change.org

Segelintar masyarakat kita hari ini masih bergelut dengan kesusahan hidup akibat kehilangan kerja ketika pendemik melanda selama 2 tahun.

Maka, satu petisyen pengeluaran kwsp 2.0 telah diwujudkan bagi menggesa Kerajaan dan pihak KWSP supaya mendengar suara rakyat yang masih memerlukan wang caruman mereka untuk kelangsungan hidup mereka untuk bajet 2023.

Satu petition telah diadakan di laman sesawang Change.org bertujuan untuk menyuarakan suara individu-individu yang menyokong sekaligus sign petisyen kwsp2.0

Cara-cara untuk menandatangani petisyen tuntut pengeluaran di Change.org adalah seperti berikut;

  1. Layari laman sesawang https://www.change.org untuk tujuan menandatangani petition seperti pada Rajah di bawah atas ini
  2. Tekan pada butang “Search” untuk mencari sign petisyen KWSP. Hasilnya anda akan jumpa link pautan ini, https://www.change.org/p/luluskan-pengeluaran-khas-2-0-kwsp-untuk-kelangsungan-kehidupan-rakyat
  3. Jika anda berminat untuk menandatangani petition bagi menyokong pengeluaran sekali lagi seperti pada Rajah di bawah ini, anda hendaklah memasukkan butiran yang diinginkan seperti nama dan alamat emel.
  4. Kemudian, tekan pada butang “Sign this petition”.
  5. Akhir sekali, petition anda telah dihantar dan anda boleh terus mengemaskini informasi baru berkaitan petition anda dari semasa ke semasa.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!