Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Februari 2023 – Semak Syarat Kelayakan

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Senarai bantuan kerajaan bulan Februari 2023 yang anda boleh mohon.

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya pelbagai jenis Bantuan Kerajaan yang dibayar Februari ini kepada mereka yang layak.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan yang terlibat :

Bantuan BMT RM300

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM800 kepada mereka yang layak. Bantuan ini akan dilaksanakan dalam tiga fasa dengan jumlah:

- RM300 (Fasa 1)
- RM300 (Fasa 2)
- RM200 (Fasa 3)

Pembayaran Fasa 1 telah pun selesai pada Januari lalu dan pembayaran Fasa 2 akan dilaksanakan pada Februari 2023.

Semakan Status boleh dibuat : DI SINI

Bantuan Khas BERNAS

Bantuan Khas Bernas (BERNAS) atau Bantuan Khas BERNAS ialah bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan atas inisiatif sumbangan daripada BERNAS.

Bayaran bantuan sebanyak RM250 telah pun diagihkan kepada pesawah di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang pada Januari lalu.

Sementara itu, bayaran bagi negeri Kedah dan Perlis akan dilaksanakan pada Februari 2023 pada kadar yang sama.

Bantuan Rumah RMR RAHMAN

Bantuan Rumah RMR RAHMAN merupakan inisiatif kerjasama antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Rumah tersebut akan dibina di atas tanah milik pemohon yang layak.

Kos pembinaan rumah ini yang akan ditanggung oleh pemohon berjumlah RM55,000 dengan kadar bayaran balik bulanan RM286 sebulan selama 15 tahun. Permohonan rumah ini telah pun dibuka pada 05 Januari dan akan ditutup pada 15 Februari 2023.

Untuk maklumat lebih lengkap tentang RMR RAHMAN, sila layari ke portal rasmi DI SINI.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!