Mohon Bantuan AM RM350 sebulan, semak kelayakan anda di sini. Kerajaan dibawah kementerian kewangan memperkenalkan pakej bantuan AM bagi mereka yang layak.
Usaha ini dibuat untuk membantu rakyat yang tidak berkemampuan. Butiranya seperti dibawah :-
Apakah itu Bantuan Am?
Kadar bayaran Bantuan Am : RM100 sebulan seorang; maksimum RM350 sebulan sekeluarga
Bantuan Am adalah bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian individu atau keluarga
Siapakah yang layak untuk memohon Bantuan Am?
Warganegara yang bermastautin di Malaysia;
Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
PGK purata miskin per kapita semasa;
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Bagaimanakah cara untuk memohon Bantuan Am?
Setiap pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Terima kasih