Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan
Program i-Suri oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan memastikan kesejahteraan suri rumah dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Walaupun ia telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu, nampaknya masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui kelebihan yang ditawarkan oleh program ini.
Faedah-faedah i-Suri
- Menerima sumbangan kerajaan berjumlah RM480/tahun;
- Caruman dalam apa jua jumlah dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat yang telah ditetapkan;
- Terima dividen tahunan KWSP;
- Manfaat Kematian: RM2,500.
*Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia sahaja;
- Belum mencapai usia 60 tahun;
- Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR);
- Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020;
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
Cara Memohon
Sekiranya anda layak dan berminat untuk menyertai i-Suri, penyertaan boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan KWSP berhampiran atau kiosk dengan membawa MyKad anda.
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
- KWSP i-Suri Borang 6A (2) (Setelah Pembayaran)
Caruman boleh dibuat melalui beberapa cara seperti yang ditentukan oleh KWSP seperti berikut:
- Kaunter ejen bank
- Ejen bank berdaftar
- Kaunter KWSP
Terima kasih