Ini Adalah Senarai Penerima Bantuan Kewangan BMT RM800 Fasa 2 Dan Fasa 3

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan khas telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya Bantuan Musim Monsun (BMT) yang dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 tahun lalu.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan kewangan ini:-

BMT Fasa 2 & Fasa 3

Bayaran BMT Fasa 1 sebanyak RM300 telah pun dikreditkan kepada mereka yang layak pada Januari 2023. Manakala, pembayaran Fasa 2 dan Fasa 3 akan dibuat pada Februari dan Mac 2023.

Jumlah bayaran bagi kedua-dua fasa ini adalah sebanyak RM300 (Fasa 2) dan RM200 (Fasa 3).

Senarai Penerima BMT 2023

Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang memenuhi syarat berikut:

Peneroka ladang getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA;

Mereka yang tiada hasil kerana isu buruh atau serangan penyakit pokok getah;

Mereka yang dalam tempoh tanam semula bersama FELDA.

Khas untuk golongan B40: Ini penjelasan & cara memohon Bantuan Am Kerajaan RM350 sebulan

Mereka yang berumur 60 tahun ke atas boleh menerima RM150 ‘one-off’: Begini cara memohon Skim Mesra.

Kaedah pembayaran

Pembayaran BMT FELDA 2023 ini melibatkan peruntukan RM9.7 juta dan akan memanfaatkan 12,138 peneroka ladang getah di seluruh negara.

Kaedah pembayaran akan dilaksanakan secara kredit terus ke akaun bank penerima yang layak.

Justeru, bantuan kewangan ini diharap dapat meringankan beban peneroka kebun getah yang terjejas pada musim tengkujuh.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!