Berikut Senarai Penuh Bantuan Pada Belanjawan 2023 ( B40, M40, Bujang, Keluarga, PTPTN)

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Ringkasan Tema Dan Peruntukan Bajet 2023 (7 Oktober 2022)


Tema


Keluarga Malaysia, Makmur Bersama


Peruntukan Bajet


  • 2023: RM373.3 bilion

  • 2022: RM332.1 bilion


Matlamat Induk Belanjawan 2023


3R (Responsive, Responsible, Reformist)


  • Responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia

  • Bertanggunjawab membina daya tahan negara bagi menangani krisis yang mendatang

  • Reformis yang mengambil peluang merubah lanskap pembangunan negara agar inklusif dan mampan


Perincian Peruntukan bajet 2023


  • Belanja Mengurus Operasi: 272.3 bilion

  • Belanja Pembangunan: 95 bilion

  • Dana Covid: 5 bilion

  • Simpanan Luar Jangka: 2 bilion


Fokus Kandungan Intipati Bajet 2023


Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Ditambah Baik


Kategori baru diperkenalkan bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM 2,500 layak untuk mendapat BKM sebanyak:


  • RM2,500: Menanggung 5 orang anak atau lebih:

  • RM1,000 – 2,000: Menanggung 1-4 orang anak:


Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,500 – RM5,000 pula layak untuk mendapat BKM sebanyak RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan tanggunan anak


Golongan bujang dan warga emas tanpa pasangan akan terus mendapat bantuan seperti tahun sebelum ini


Tambahan bantuan RM500 kepada ibu bapa tunggal pada tahun 2023


Kredit e-Wallet e-Pemula


M40: 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100


Belia: Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.


Subsidi Elektik


Pemberian subsidi bil elektrik kepada isi rumah miskin tegar berjumlah sehingga RM40 akan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat sebelum ini yang hanya terhad kepada isi rumah berpendapatan RM980 ke bawah


Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia


Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM500


Kredit e-Wallet e-Pemula


M40: 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100


Belia: Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.


Bonus Aidilfitri Penjawat Awam


Penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600


Pelepasan Cukai Bagi Yuran Tadika Dan Taska


Sebanyak RM3,000 pelepasan cukai akan diberikan ke atas bayaran taska/tadika sehingga tahun taksiran 2024


Pengurangan Kadar Cukai Pendapatan Individu


Kadar income tax individu akan dikurangkan sebanyak 2%. Berikut merupakan maklumat lanjut:


  • Pendapatan bercukai RM50,001 – RM70,000, turun daripada 13% kepada 11%

  • Pendapatan bercukai RM70,001 – RM100,000, turun daripada 21% kepada 19%


Had Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Pinjaman Mudah ASB di BSN 


Jumlah pegangan maksimum di ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada 300,000 unit (RM300,000) berbanding 200,000 unit sebelum ini

Selain itu, golongan B40 bumiputera juga layak untuk memohon pinjaman mudah BSN untuk melabur di ASB pada kadar 1.5%


Pengecualian Cukai Untuk Wanita 


Pendapatan yang diterima pada tahun 2023 sehingga 2028 akan diberikan pengecualian bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja setelah career break


Had Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Pinjaman Mudah ASB di BSN 


Jumlah pegangan maksimum di ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada 300,000 unit (RM300,000) berbanding 200,000 unit sebelum ini

Selain itu, golongan B40 bumiputera juga layak untuk memohon pinjaman mudah BSN untuk melabur di ASB pada kadar 1.5%


Pengecualian Bayaran PTPTN 


Peminjam PTPTN yang berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian dari membayar balik bayaran pinjaman PTPTN


Orang Kurang Upaya   


  • Pengecualian bayaran pendafaftaran dan pembahuruan sijil perniagaan SSM di bawah Skim 1 OKU 1 Perniagaan

  • OKU akan mendapat baucar perjalanan yang akan diberikan melalui perkhidmatan e-hailing

  • Penubuhan 50 buah taska OKU baharu bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak OKU ke tempat asuhan selamat


Pas My50 


Bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, pas My50 akan diteruskan bagi tahun 2023 13.


Bantuan Awal Persekolahan 


Setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan yang ditambah berbanding tahun sebelum sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa


Rancangan Makanan Tambahan (RMT) 


Penambahbaikan RMT dengan kenaikan kadar makanan bermasak daripada RM2.50 kepada 3.50 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak kenaikan daripada  RM3 kepada RM4 berkuatkasa serta merta


Bantuan Musim Tengkujuh 


Pekebun kecil getah akan menerima kenaikan BMT sebanyak RM200 menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima pada tahun 2023 kepada RM800


Pengenalan Semula Bantuan Pesawah 


Bantuan sebanyak RM200 sebulan akan diberikan kepada pesawah untuk tiga bulan atau satu musim penuaian


Geran One-Off  RM1,000 PMKS 


Sejumlah RM1,000 geran akan diberikan kepada perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) berdaftar dan pemandu teksi berdaftar yang layak


Skim Pembiayaan Agrofood BNM 


Sebanyak RM 1 Bilion dana diperuntukkan bagi membantu PKS meningkat jumlah pengeluaran agro makanan melalui Skim Pembiayaan Agrofood pada kadar 3.5% 19.


Pengurangan Kadar Cukai Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS)


Kadar income tax PMKS dikurangkan sebanyak 2% daripada 17% kepada 15% bagi RM100,000 pertama


Subsidi, Bantuan Dan Insentif 


RM55 bilion diperuntukkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat


Insentif Penggajian PERKESO 


Sebanyak RM600 – RM750 sebulan selama tiga bulan diperuntukkan bagi golongan rentan


Program MyWIRA 


Pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis akan menikmati diskaun sebanyak 50% ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA


Bayaran Khas RM500 


Bayaran one-off RM500 kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir, dan Guru KAFA