Belanjawan 2023: Kerajaan tambah RM500 dalam simpanan akaun satu KWSP

0

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

Kuala Lumpur: Kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.


Menurutnya, selepas negara dibelenggu musibah pandemik Covid-19, rakyat beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik.


"Kini selepas rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan diterima untuk menyara kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah.


"Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan," katanya pada pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, di Dewan Rakyat, hari ini.


Anwar berkata, kerajaan juga berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.


Beliau turut menjelaskan jika kerajaan membenarkan golongan kaya mengeluarkan wang simpanan mereka, ia akan menjejaskan dividen golongan kategori bawah atau miskin.


"Saya tekankan begini, kita boleh mengeluarkan dalam keadaan terdesak, kalau kerajaan memberi RM500 kepada golongan kategori bawah yang miskin kemudian golongan kaya dibenarkan keluarkan wang mereka.


"(Jadi) dividen (KWSP) orang miskin yang ramai itu akan terjejas. Jadi kita kena buat pilihan, tarik wang KWSP dalam kalangan orang kaya bermakna dividen orang miskin yang kerajaan sudah tampung tambahan RM500 akan berkurangan," katanya.


Sementara itu, beliau berkata, berhubung simpanan syariah KWSP yang diperkenalkan sejak 2017, pada masa ini aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.


"Bermula 2024, aset simpanan syariah akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah," katanya.


Sumber : Harian Metro

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!