Bantuan RM10,000 Untuk Motosikal | Semak Syarat Kelayakan

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Berikut adalah cara untuk memohon bantuan membeli motosikal sebanyak RM10,000. Tekad utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.


"Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat," katanya.


Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, di sini, hari ini.




Kekun Mobilepreneur 4.0


Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional untuk mereka yang layak dan memerlukan.


Skim berikut pada asasnya adalah untuk pembiayaan modal untuk Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.


Jumlah Pembiayaan yang diberikan adalah sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan yang berikut:


  • Pembaikan motosikal

  • Pembelian motosikal

  • Modal kerja.

  • Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)

  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan berakhir sehingga 65 tahun)

  • Pemohon bukan bankrap

  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah

  • Mempunyai temu janji yang sah daripada syarikat e-hailing berdaftar

  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – untuk membaiki motosikal dan permohonan modal pusingan

  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – untuk permohonan membeli motosikal

  • Terlibat secara langsung atau sambilan dalam aktiviti perniagaan


Pemohon hendaklah mematuhi garis panduan serta terma dan syarat yang telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)


Pemohon yang mendapat surat sokongan yang diberikan oleh mana-mana syarikat e-Hailing diberi keutamaan.


Cara memohon


Untuk mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan skim ini boleh diajukan kepada Pejabat Cawangan TEKUN berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.


Tempoh pembayaran balik pembiayaan ini adalah selama 1 tahun sehingga 3 tahun mengikut pilihan dan kelayakan pemohon. Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 4 peratus setahun.


Nota: TEKUN tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 dan sebarang urusan wajib melalui TEKUN sahaja.


Untuk Mohon dan Maklumat Lanjut Sila Semak DI SINI