Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan
Bantuan Kewangan RM700. Tahukah anda, ada bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu membuat sebarang permohonan.
Bantuan MySalam ialah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah melalui dana Amanah MySalam.
Skim ini bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah menjalani kehidupan normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan dan penyakit.
Syarat Kelayakan untuk Bantuan MySalam
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan MySalam yang perlu anda ketahui sebelum membuat sebarang permohonan:
- Individu berumur antara 18 dan 65 tahun dan pasangan mereka.
- Individu berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dengan pendapatan RM24,000 setahun.
Kebaikan Manfaat Bantuan MySalam
Berikut adalah antara faedah-feadah yang akan diterima oleh pemohon yang layak memohon bantuan MySalam:
- Pemohon individu akan menerima bayaran RM8,000 yang akan diagihkan bermula Ogos tahun lepas.
- Pemohon individu akan menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
Berita baik untuk semua rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak mulai tahun 2023.
Cara Tebus Bantuan MySalam
Berikut ialah cara untuk menebus bantuan MySalam RM700:
- Penerima BSH/BPR akan layak secara automatik, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
- Semakan boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Semua penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sistem SMS.
- Tetapi jika anda layak tetapi tidak menerima sebarang bentuk SMS, anda boleh menghantar e-mel di info@mysalam.com.my atau hubungi terus di talian 1-300-888-938
- Senarai Penyakit Yang Boleh Menuntut Bantuan MySalam.
Berikut adalah senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda menuntut bantuan MySalam:
- Meningitis bakteria
- Alzheimer / Demensia Teruk
- Kanser
- Pembedahan otak
- Koma
- Gejala Penuh AIDS
- Serangan jantung
- Strok
- Serta penyakit kritikal yang lain – boleh rujuk Disini
Terima kasih