Bantuan E-Tunai Rahmah RM200 Bajet 2023 : Permohonan

0
Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan👇https://t.me/SenaraiBantuanKerajaan

RASMI dari Bajet 2023. Bantuan e-Tunai Rahmah (e-Wallet) RM200 khas untuk rakyat Malaysia. Bantuan terbaru kepada rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan khas kepada rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin teruk ketika ini.

Melalui bajet 2023, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-wallet sebanyak RM 200. Bantuan ini diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan. Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk di bawah.

Bantuan e-Tunai RM200

Inisiatif ini merupakan bantuan daripada kerajaan dalam usaha menggalakkan masyarakat Malaysia menggunakan pembayaran e-wallet. Kerajaan Malaysia juga telah bekerjasama dengan syarikat yang mengusahakan aplikasi e-dompet.

Bantuan ini dinamakan sebagai bantuan e-Tunai adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat transaksi melalui ewallet yang didapati mudah dan selamat.

Kerajaan memperuntukkan RM400 juta dan akan memanfaatkan kepada lebih 2 juta belia untuk inisiatif ini.

Kadar Bantuan

Bantuan eTunai ini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.

Kerajaan meneruskan bantuan ini kerana untuk mencapai matlamat rakyat Malaysia boleh melakukan transaksi tanpa tunai.

Syarat Kelayakan

Untuk memohon bantuan e-wallet ini, berikut adalah syarat kelayakan untuk bantuan ini:

  • Kumpulan belia berumur 18-20 tahun
  • Masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Untuk permohonan bantuan ini, kerajaan akan umumkan dari semasa ke semasa.

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!