Tekad utama kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini adalah membantu meringankan beban rakyat.
"Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat," katanya.
Perdana Menteri menegaskan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, di sini, hari ini.
Anwar menerusi perkongsiannya di Facebook berkata, beliau mendengar taklimat serta penerangan mengenai pengurusan dan hal ehwal DBKL.
Mengenai pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sejurus taklimat terbabit, Anwar berkata, mereka membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha bagi mendepani permasalahan miskin bandar.
Oleh itu, pelbagai bantuan telah dikelola khas untuk rakyat dari pihak kerajaan mahu pun dari kerajaan negeri.
Berikut bantuan-bantuan yang akan diberikan bermula bulan ini kepada rakyat:
Bantuan Khas Kewangan RM700 & RM350
Bantuan Khas Kewangan telah diperkenalkan di bawah Bajet 2023 iaitu sebanyak RM700 kepada semua anggota perkhidmatan awam Gred 56 dan ke bawah, serta RM350 kepada para pesara dan veteran Kerajaan tidak berpencen.
Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Januari 2023, sesuai dengan pengumuman berkenaannya sebelum ini.
Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,500
Melalui Kerajaan Negeri Sembilan, telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada penjawat awam di negeri tersebut.
Bantuan kewangan berkenaan akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada awal Januari dan minggu pertama April 2023.
Bantuan Khas Kewangan RM700
Kerajaan Negeri Perlis telah memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan dengan jumlah sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam negeri berkenaan bermula dari Gred 54 dan ke bawah.
Bantuan ini bagi menghargai para penjawat awam itu akan disalurkan pada bulan Januari 2023.
Bantuan Khas Kewangan RM1,000
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sabah 2023 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000.
Bantuan itu nanti akan melibatkan seramai 20,271 orang penjawat awam negeri dan akan dibayar pada bulan Januari 2023.
Terima kasih