RASMI : Syarat Kelayakan & Cara Tebus Bantuan e-Wallet RM200 Tahun 2023 | Semak Kelayakan Anda Sekarang

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Buat makluman anda, seperti yang telah dibentangkan pada Bajet 2023 yang lalu terdapat banyak bantuan yang baru diperkenalkan begitu juga dengan bantuan yang sedia ada namun telah ditambah baik.

Seperti Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Awal Persekolahan dan yang lain-lain lagi. Ianya boleh dikatakan kerajaan telah mengeluarkan banyak dana dari sebelum ini untuk membantu rakyak pada tahun 2023 kelak.

Ini termasuklah juga dengan bantuan e-Tunai e-Pemula yang telah dilaksanakan dibawah Bajet 2023 yang mana kerajaan bersetuju untuk meneruskan bantuan itu sebelum ini.

Tambahan pula, pakej bantuan e-Pemula akan ditambahbaik iaitu dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini.

Buat pengetahuan anda, berikut adalah syarat kelayakan bantuan ini:
- Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun.
- Menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).
- Menuntut di Insititusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

CARA TEBUS BANTUAN e-WALLET RM200 TAHUN 2023

Penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui aplikasi perkhidmatan e-tunai seperti yang berikut:
- BigPay
- GrabPay
- ShopeePay
- Touch ‘n Go eWallet.

Setiap seoarang hanya boleh membuat penebusan di sebuah aplikasi perkhidmatan e-tunai sahaja.

Kerajaan juga akan meneruskan Pakej Remaja Keluarga Malaysia, dimana ianya dapat membantu belia bagi mendapatkan pakej prabayar dengan tawaran langganan pelan data internet dengan hanya RM30 untuk tempoh tiga bulan.