Di masa-masa yang mencabar untuk rakyat ini, pihak Kerajaan telah memperkenalkan Insentif dan bantuan untuk rakyat dalam pembentangan Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat, 7 Oktober lalu.
Untuk membantu ibu bapa atau penjaga bagi meringankan beban untuk menyara anak sekola, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP).
Menurut, Tengku Zafrul Bantuan Kewangan yang diberikan secara ‘one-off’ itu akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa. Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2012.
Bantuan ini diberikan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga bagi persiapan persekolahan kanak-kanak yang ditanggung mereka.
Bantuan ini diberikan kepada murid sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan.
Kadar Bayaran BAP
Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Bantuan Awal Persekolah (BAP) dengan jumlah yang dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 sebelumnya.
Jika sebuah keluarga itu mempunyai tiga orang anak bersekolah, ini bermakna mereka layak menerima BAP sebanyak RM450.
Syarat Kelayakan BAP
Untuk BAP 2023, Bantuan Awal Persekolahan yang diberikan secara ‘one-off’ ini akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
Untuk makluman sebelum ini, BAP hanya diberikan kepada para murid yang pendapatan ibu bapanya RM3,000 ke bawah.
Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023
Kementerian Pendidikan memaklumkan tarikh bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2023 seawal tarikh seperti berikut:
12 Januari 2023
Terima kasih