LZS Kesal Asnaf Tinggalkan Rumah Kotor, “Tindakan Ini Akan Beri Kesukaran Asnaf Lain Pada Masa Hadapan..”

0

Tindakan seorang asnaf yang meninggalkan rumah sewa dalam keadaan kotor dan rosak seperti yang tular baru-baru ini pastinya akan menyebabkan kesukaran bagi asnaf lain untuk menyewa pada masa hadapan.

Drmikianlah yang terjadi seperti yang dikongsikan oleh seorang individu dalam kumpulan Facebook komuniti I Love Tanjong Karang baru-baru ini, memaparkan keadaan sebuah rumah yang ditinggalkan dalam keadaan teruk.

“Subhanallah kotor dan hancur rumah sewa ni. Penyewa dari n****a, dengan bil tak berbayar, call tak angkat kena block. Tidak mengapa tahu nak cari tuan di mana..” luah individu tersebut dalam hantaran itu.

Berdasarkan hantaran tersebut, jelas terpapar keadaan porak-peranda sebuah rumah yang ditinggalkan oleh asnaf terbabit. Dinding dicemari lumut, kawasan luar dan dalam rumah dipenuhi sampah dan sebagainya.

Perilaku negatif sebegitu saling tidak tumpah ibarat kata pepatah ‘Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga’. Hanya kerana seorang asnaf yang berperangai tidak elok, habis yang lain tidak mustahil boleh terpalit sekali.

Perkongsian itu tular di media sosial sehinggalah akhirnya tiba ke pengetahuan pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebelum agensi berkenaan membuat maklum balas bernada kesal dengan tindakan asnaf tersebut.

“LZS amat kesal dengan tindakan penyewa tersebut yang dimaklumkan seorang asnaf, meninggalkan rumah dalam keadaan kotor dan rosak.

“Sehubungan itu, pemilik rumah berkenaan disarankan untuk membuat aduan rasmi ke LZS bagi menghentikan bantuan sewa rumah tersebut memandangkan penyewa tidak lagi menetap di situ,” memetik kenyataan di Facebook LZS semalam.

Dalam pada itu, LZS turut mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan zakat supaya bersikap amanah serta bertanggungjawab menjaga rumah sewa yang diduduki mereka.

Hal tersebut kerana tindakan sedemikian yang dipercayai menganiaya pemilik rumah sewa akan menyebabkan asnaf-asnaf lain sukar untuk menyewanya pada masa hadapan.

“Untuk makluman, lebih 16,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan mualaf di Selangor menerima bantuan sewa rumah dari LZS.

“Bantuan berbentuk bulanan ini disalurkan terus ke akaun pemilik rumah sewa bagi menyantuni keperluan asas keluarga asnaf di Selangor,” memetik kenyataan itu lagi.

Sumber: Lembaga Zakat Selangor via Facebook
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Amin) #days=(20)

Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini. Learn more
Ok, Go it!